PEGAWAI dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ditempatkan di lokasi strategik dalam memastikan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dari 26 hingga 28 Oktober ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, anggota tidak berseragam juga turut akan membantu sebagai langkah mempertingkat kesiapsiagaan keselamatan sepanjang persidangan tersebut.
Jelasnya, kehadiran anggota tidak berseragam adalah bagi memastikan keberadaan polis secara efektif serta bertindak segera sekiranya terdapat sebarang cubaan mengganggu persidangan atau ketenteraman awam.
“Mereka (tidak berseragam) akan bertindak segera sekiranya terdapat sebarang cubaan untuk mengganggu acara persidangan termasuk mengancam ketenteraman awam.
Baca artikel lain: SPRM KL tahan lagi seorang suspek seleweng wang zakat badan berkanun
“Mereka akan berada di mana-mana sahaja lokasi yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi. Melalui maklumat risikan dan siasatan awal, pihak polis mampu bertindak lebih pantas jika terdapat cubaan membawa masuk senjata atau objek berbahaya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Selain itu, katanya, PDRM juga bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi termasuk pihak pengurusan hotel bagi memastikan kawalan keselamatan menyeluruh serta penyaluran maklumat segera sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan.
“Saya ingin tegaskan, mana-mana individu yang didapati membawa atau memiliki objek berbahaya tanpa kebenaran akan diambil tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada, termasuk di bawah Seksyen 6 Akta Senjata 1960, serta peraturan-peraturan berkaitan keselamatan awam,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

