MCMC akan ambil tindakan terhadap pihak sebar berita palsu sekolah pondok akan ditutup

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan terhadap pihak yang didapati terlibat dengan penyebaran berita palsu kononnya Kerajaan Persekutuan mengarahkan penutupan sekolah pondok tidak berdaftar di Kelantan dan Kedah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, MCMC ketika ini sedang mengenal pasti individu yang terlibat menularkan berita palsu tersebut.

Katanya, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Menteri Agama telah mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut dan aduan juga telah dipanjangkan kepada pihak MCMC untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dalam menghasilkan dan menyebarkan berita palsu ini,” katanya menerusi sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Kerajaan Persekutuan mengarahkan penutupan pondok-pondok tidak berdaftar di Kelantan dan Kedah. 

Mohd Na’im berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar, berniat jahat dan bersifat fitnah.

Tegasnya, perbuatan fitnah itu sangat tidak bermoral memandangkan ia tular tanpa menyatakan sebarang sumber yang sahih atau rasmi. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This