SEORANG kanak-kanak perempuan lemas selepas terjatuh ke dalam lombong di Kampung Penchu, Kundang Ulu, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II Johar Tumin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 2.19 petang.
Katanya, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya tujuh kilometer.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun terjauh dalam sebuah lombong.
“Mangsa kemudian berjaya ditemui pukul 3.10 petang oleh pasukan penyelamat selepas kaedah surface searching dan grapling iron digunakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mangsa ditemukan pada jarak kira-kira dua meter sebelum disahkan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pukul 3.43 petang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

