SEORANG anggota polis disiasat selepas dirakam merokok dalam sebuah restoran di Taman Tasik Indah, Kluang, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan bahawa anggota polis itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.
Menurut beliau, pihaknya telah mengesan satu video yang tular di akaun TikTok memaparkan kejadian berkenaan.
Bahrin memaklumkan, tindakan anggota merokok dalam kawasan sebuah restoran nasi kandar itu telah menimbulkan pelbagai persepsi buruk kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Baca artikel lain: Tendang motor anggota polis hingga cedera di Temerloh, dua remaja 13 tahun ditahan
“Sehubungan itu, IPD Kluang akan menjalankan satu siasatan tatatertib ke atas anggota polis tersebut termasuk dari aspek penyeliaan.
“PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai polis yang didapati mencemarkan imej pasukan PDRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum itu, tular video berdurasi tujuh saat memaparkan dua anggota beruniform berada di sebuah premis kedai makan di mana salah seorang dilihat merokok.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

