KPDN kenakan 445 tindakan undang-undang sepanjang SHMMP Deepavali 2025

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengambil 445 tindakan undang-undang sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2025 yang berkuat kuasa dari 16 hingga 22 Oktober 2025.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, sepanjang pelaksanaan skim, sebanyak 4,560 pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis perniagaan di seluruh negara merangkumi pemeriksaan ke atas premis borong, pengeluar dan runcit. 

Katanya, daripada pemeriksaan tersebut mendapati bahawa 433 kes gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu, enam kes tiada tanda harga dan enam kes menjual melebihi harga maksimum.

“Nilai keseluruhan nilai sitaan adalah berjumlah RM16,078.40 dan melibatkan kompaun berjumlah RM53,500. 

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, peniaga memberikan kerjasama serta mematuhi perundangan harga maksimum yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim ini,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Azman berkata, pelaksanaan skim itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan melalui KPDN dalam mengawal harga barangan keperluan asas dan melindungi pengguna daripada kenaikan harga tidak munasabah, khususnya sepanjang musim perayaan, sekali gus membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.

Katanya, tempoh pelaksanaan skim itu ialah selama tujuh hari dan berkuat kuasa empat hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan. 

Menurut Azman, sebanyak sembilan jenis barangan harga terkawal berserta harga maksimumnya telah diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Deepavali 2025.

“Berdasarkan pemantauan serta maklum balas orang ramai juga mendapati pelaksanaan SHMMP Deepavali 2025 telah berjalan dengan baik dan lancar.

“Kementerian ingin merakamkan penghargaan kepada pihak industri dan seluruh peniaga atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan SHMMP Deepavali 2025,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

DAP tidak pernah, tidak akan ada dalam kerajaan Johor BN – Onn Hafiz

"DAP tidak pernah dan tidak akan ada dalam kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional (BN)." Demikian jaminan Pengerusi BN Johor, Datuk...

More Articles Like This