MALAYSIA dan Korea Selatan memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan dan peluasan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Hasrat itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang berkaitan di ibu negara, hari ini.
Dalam hantara di Facebook, Perdana Menteri berkata, antara sektor yang akan diberi tumpuan untuk pengukuhan kerjasama itu termasuk perdagangan, pelaburan dan pertahanan.
Selain itu, Anwar berkata, beliau dan Jae Myung turut memberi tumpuan kepada bidang infrastruktur serta pembangunan bandar pintar termasuk sektor baharu seperti teknologi hijau, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.
“Kami bersetuju untuk terus memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Korea sempena ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik tahun ini, berasaskan kerjasama strategik yang telah dimeterai pada tahun 2024.
Baca artikel lain: Tindakan Anwar menari bersama Trump guris hati seluruh rakyat Malaysia – Muhyiddin
“Malaysia menghargai sokongan berterusan Republik Korea dalam memacu pertumbuhan mampan demi manfaat bersama kedua-dua negara.
“Saya turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Presiden Lee dalam menerajui penganjuran APEC 2025 yang bakal memperkukuh integrasi ekonomi serantau dan kerjasama global,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.
Terdahulu, Anwar mengadakan pertemuan dua hala selama 15 minit dengan Jae Myung hari ini.
Sebelum itu, Anwar dan Jae Myung mempengerusikan secara bersama Sidang Kemuncak ASEAN-Korea ke-26 yang turut dihadiri pemimpin negara anggota ASEAN, sebelum Jae Myung menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (ASEAN+3) ke-28 bersama Jepun dan China bagi memperkukuh kerjasama serantau yang lebih menyeluruh.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, menghimpunkan lebih 3,000 delegasi serta pemimpin dari lebih 30 negara dan organisasi antarabangsa bagi memperkukuh penglibatan dan kerjasama serantau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

