UMNO tak larang mana-mana ahli berhubung dengan sesiapa – Asyraf

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

UMNO tidak melarang mana-mana ahli untuk berhubung dengan sesiapa termasuk mereka yang dijatuhkan hukuman disiplin mahupun berbeza parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berbeza ideologi politik jangan sampai terputus hubungan silaturrahim di antara sesama manusia.

“Tiada siapa boleh menghukum bahawa pendirian dan ideologinya itu tepat dan betul sepenuhnya. Dalam istilah agama disebut ijtihadi.

“Sedangkan persaudaraan Islam itu dibina atas dasar akidah yang disebut ukhwah dan silaturrahim yang sifatnya wajib untuk dipertahankan dan tidak sesekali diputuskan.

“Sebab itulah berbeza parti dan wadah politik sekalipun jangan sampai kita memutuskan tali persaudaraan yang diikat atas dasar Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya lagi, parti hanyalah wadah dan alat untuk memperjuangkan satu-satu agenda berasaskan prinsip, ideologi dan pendekatan yang diyakini masing-masing.

“Tiada masalah berlainan ideologi yang penting pelihara ukhuwwah dan silaturrahim,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCMC sita 6,916 unit kelengkapan komunikasi tidak diperakui bernilai RM2.06 juta

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyita sebanyak 6,916 unit kelengkapan komunikasi yang disyaki tidak diperakui dengan anggaran...

More Articles Like This