Tindakan Anwar menari bersama Trump guris hati seluruh rakyat Malaysia – Muhyiddin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TINDAKAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menari bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump amat mengguris hati seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sambutan penuh kemeriahan, keceriaan dan simbolik yang berlebihan itu menimbulkan persoalan besar terhadap pendirian Malaysia dalam menilai maruah diplomatik berdasarkan status tetamu, bukan prinsip kemanusiaan.

“Seperti yang saya telah peringatkan di Dewan Rakyat tempohari, tidak wajar Trump diberikan sambutan meriah di bumi Malaysia tatkala rakyat Palestin sedang bermandi darah dan mati kebuluran di bumi Gaza.

“Sambutan sedemikian memberi gambaran seolah-olah Malaysia begitu teruja meraikan kedatangan tokoh yang secara terbuka bersekongkol dengan rejim Zionis Israel melakukan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Perdana Menteri sering berapi-api mengutuk kekejaman Israel dan konco-konconya. 

Namun, Muhyiddin melihat semangat itu tiba-tiba luntur digantikan dengan senyuman lebar dan sambutan hangat terhadap individu yang menyokong rejim Zionis Israel.

Katanya, Trump ialah simbol keangkuhan dasar luar Amerika Syarikat yang melindungi kekejaman rejim Zionis Israel. 

Tegas Muhyiddin, nenyambut tokoh seperti itu dengan keghairaha melampau adalah amat memalukan Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This