KEPUTUSAN sama ada Ismanira Abdul Manaf bersalah atau tidak dalam pertuduhan mengabaikan anaknya iaitu kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin akan diketahui di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, esok.
Hakim Dr Syahliza Warnoh akan menentukan sama ada Ismanira, 30, disabitkan atau dibebaskan pada akhir kes pembelaannya selepas mendengar keterangan keseluruhan saksi.
Sebelum ini, pihak pembelaan memfailkan hujahan bertulis pada 18 September lalu dan dibalas oleh pihak pendakwaan pada 1 Oktober yang antara lain menghujahkan keterangan Ismanira bukannya satu penafian kosong semasa wanita itu membela diri.
Malah, keterangan menunjukkan apa yang dikatakan wanita itu adalah konsisten, selain tidak membuat fikiran ‘after thought’ (terkemudian) semasa memberi penjelasan.
Sementara itu, pasukan pendakwaan berhujah bahawa keterangan mengikut keadaan menunjukkan semasa Allahyarham Zayn Rayyan berada di bawah jagaan Ismanira, tertuduh mendedahkan kanak-kanak itu kepada kemungkinan berlakunya kecederaan.
Pada 21 Julai lalu, Ismanira diperintah membela diri, manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mengabaikan anak mereka dua tahun lalu.
Baca artikel lain: Keputusan Ismanira sabit bersalah atau tidak abai Zayn Rayyan diketahui 31 Oktober
Keputusan mahkamah itu dikeluarkan selepas pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap pertuduhan dikemukakan terhadap Ismanira, manakala gagal membuktikan kes pendakwaan terhadap suami Ismanira, Zaim Ikhwan.
Mengikut pertuduhan pindaan Ismanira, 30, sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi.
Kedua-dua tertuduh pula diwakili peguam, Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

