Soal penjajahan tak timbul, ART Malaysia-AS ada klausa keluar, tegas PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMETERAIAN Perjanjian Perdagangan Timbas Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) telah disertakan dengan klausa keluar.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tidak timbul kononnya kerajaan telah ‘menyerahkan’ negara dengan ART itu seolah-olah penjajahan baharu kepada Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia amat memerlukan pelaburan dan perdagangan bernilai tinggi dengan AS.

Beliau berkata, prasangka buruk sesetengah pihak berhubung kejadian itu seolah-olah telah menggadai negara adalah tidak benar.

“Perjanjian perdagangan ini semua ada klausa keluar. Mengapa kita tandatangan juga kerana kita perlu pelaburan dari AS.

“Itu saya tak mahu apologetik. Tetapi soal menyerah (kepada AS) tidak timbul. Begitu juga dengan China. Dulu apabila kita baik dengan China, kita juga diserang.

“Sekarang nampak baik dengan AS pun tak boleh, jadi nak dengan siapa? Nak baik dengan negara mana? Kelantan dan Kedah sahaja? Itu pun saya baik. Tapi kena (baik) dengan semua,” katanya sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang beranggapan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas antara Malaysia dan AS tidak menguntungkan negara ini dan meminta ia dibahaskan di Dewan Rakyat.

Baca artikel lain: ‘Perdana Menteri datang dan pergi tapi negara mesti diangkat’, kata Anwar

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut meminta supaya ART itu dibaca terlebih dahulu dengan teliti.

Beliau turut merayu semua pihak tidak kira di bahagian kerajaan atau pembangkang untuk bersama-sama dengannya kerana ia melibatkan isu negara.

“Setuju atau tidak setuju tak mengapa. Saya kata China teliti baris demi baris (perjanjian itu).

“Apakah keputusan (mengenai) semikonduktor (atau) nadir bumi itu membatalkan kemungkinan kerjasama dengannya. Tidak.

“Dalam hal ini, saya rayu kepada rakan belah sini (kerajaan) dan belah sana (pembangkang), ini soal negara.

“Saya bukan muda (lagi), saya kerja sedaya upaya saya untuk dapat perhatian negara-negara penting untuk faedah dan masa depan negara kita,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This