MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming bersedia untuk menjernihkan keadaan susulan reaksi balas beliau terhadap soalan seorang wartawan sehingga menimbulkan situasi kurang senang pelbagai pihak.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berpandangan, semua pihak harus belajar daripada pengalaman lalu dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik.
“Beliau (Kor Ming) telah memaklumkan memang beliau akan bertemu dengan pihak pengurusan (media) untuk cuba menjernihkan keadaan.
“Jadi ini telah diberi komitmen oleh menteri berkenaan,” katanya pada sidang media selepas berakhir Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, sebelum mesyuarat Jemaah Menteri bermula, Kor Ming ada memberi penjelasan kepadanya berhubung isu tersebut.
Baca artikel lain: Nahas FRU: Lori bawa batu kerikil lebih muatan punca utama ragut 9 nyawa
Walau bagaimanapun, Fahmi enggan berkongsi penjelasan yang diberikan oleh Menteri KPKT itu kepada pihak media yang mahu mengetahui punca reaksi sedemikian diambil.
“Saya telah berhubung dengan menteri yang berkaitan mengenai isu ini dan beliau telah memberikan penjelasan.
“Dalam mesyuarat Jemaah Menteri saya telah menyatakan bahawa pendirian kerajaan adalah sangat jelas yang mana wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan.
“Setiap jawapan dan juga respons yang diberikan oleh menteri perlulah disampaikan dengan berhemah serta berlandaskan prinsip keterbukaan, disampping saling menghormati,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

