Warga emas disyaki lemas selepas jatuh dalam longkang besar ketika jala ikan

Dari Penulis

SEORANG warga emas disyaki lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang besar di tepi Jalan Taman Lestari Putra, Seri Kembangan, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan, warga emas berusia 74 tahun itu dipercayai hilang ketika sedang menjala ikan di kawasan longkang besar tersebut.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima panggilan pada pukul 8.47 malam tadi.

“Seramai dua pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan telah bergegas dan tiba di lokasi pada pukul 8.57 malam.

Baca artikel lain: Mangsa kereta jatuh dalam Sungai Panchor ditemukan lemas 

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh anggota bomba bertugas, polis, keluarga dan penduduk taman.

“Setakat jam 11 malam tadi, petunjuk hanya menjumpai motosikal milik mangsa di lokasi dikatakan hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis memberitahu, operasi mencari dan menyelamat disambung pada pukul 8 pagi ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This