KEJOHANAN Warzone World Championship (WWC) yang dijadual diadakan pada 6 dan 7 Disember depan tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Perkara itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam hantaran di Facebook, malam tadi.
Menurut Hannah, sebarang penganjuran sukan khususnya melibatkan penyertaan antarabangsa perlu mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).
“KBS menasihatkan semua pihak agar mematuhi peraturan bagi menjamin integriti dan keselamatan sukan negara.
“Bagi sebarang penganjuran acara sukan antarabangsa yang tidak mendapatkan kelulusan Pesuruhjaya Sukan, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 36 Akta 576,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Piala ASEAN FIFA lebih sekadar trofi, ia legasi baharu bola sepak Asia Tenggara – Hannah
Aksi International Influencer Super Lightweight Champion WWC yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember ini menjadi tumpuan selepas beberapa klip video tular menunjukkan pertengkaran antara petarung Malaysia dan Indonesia.
Video itu dipercayai sebahagian daripada promosi acara dan menimbulkan kritikan dalam kalangan komuniti sukan tempur di negara ini.
Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali antara yang membuat teguran terbuka dan menganggap gimik berunsur provokatif boleh memberi pengaruh negatif kepada penonton muda dan menjejaskan imej sukan tempur.
Beliau mengingatkan pentingnya penganjur bertanggungjawab dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukannya menimbulkan masalah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

