Johor beri rebat 15 peratus bil air penduduk terjejas pencemaran sungai

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SUSULAN insiden pencemaran di Lembangan Sungai Johor, kerajaan negeri bersetuju mengumumkan rebat atau diskaun sebanyak 15 peratus untuk bil air bagi bulan Oktober 2025.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pengumuman ini akan melibatkan 292,158 akaun domestik dan bukan domestik antaranya rumah kediaman, premis perniagaan serta institusi kebajikan.

Katanya, ia juga sebagai tanda penghargaan daripada kerajaan kepada kesabaran rakyat yang menghadapi dugaan ini.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin memohon maaf kepada seluruh Bangsa Johor yang terkesan akibat kejadian ini.

“Gangguan selama lima hari bukan perkara kecil, ia menjejaskan kelangsungan hidup rakyat, mengganggu aktiviti keluarga, operasi sekolah, hospital dan premis perniagaan.

“Kerajaan negeri amat memahami keresahan rakyat dan memandang serius setiap aduan serta cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh gangguan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Ekonomi halal global dijangka meningkat USD10.5 trilion menjelang 2030 – Ahmad Zahid

Katanya, bantuan ini mungkin tidak setimpal dengan kesusahan dialami, namun diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberikan kelegaan kepada mereka yang terjejas.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan negeri akan memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan agar insiden seperti ini tidak berulang.

“Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan petugas barisan hadapan termasuk Ranhill SAJ yang telah bekerja tanpa henti selama lima hari berturut-turut.

“Pasukan lapangan masih menjalankan pemeriksaan menyeluruh di beberapa lokasi bagi memastikan kestabilan tekanan dan aliran bekalan air.

“Fokus utama kini tertumpu kepada penyelesaian isu airlock, tekanan rendah serta bekalan tidak stabil bagi memastikan bekalan air yang diterima rakyat benar-benar stabil dan berkualiti tinggi,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UtusanTV kukuhkan hubungan kerjasama media bersama MOTAC

UTUSANTV meneroka ruang kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia dengan mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

More Articles Like This