Yang di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Istana Sakhir Bahrain

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim diberikan sambutan negara di Istana Sakhir, Bahrain, semalam sempena lawatan negara Seri Paduka selama tiga hari ke Bahrain.

Dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Seri Paduka di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain disambut Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Hamad disambut murid sekolah yang mengibarkan bendera kedua-dua negara.

Baginda berdua turut menyaksikan persembahan selamat datang yang dinamakan tarian ‘Ardah’.

Sultan Ibrahim dan Raja Hamad kemudian berjalan ke Podium Penghormatan diiringi 21 das tembakan meriam diikuti persembahan lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Bahrain.

Selepas selesai acara sambutan negara, berlangsung pertemuan rasmi antara Yang di-Pertuan Agong dan Raja Bahrain di Istana Sakhir.

Baca artikel lain: Dasar konsisten bawa kestabilan hubungan dua hala – Yang di-Pertuan Agong

Seri Paduka Baginda kemudian berangkat ke Tugu Peringatan Syuhada (Martyr’s Memorial Monument) bagi memberi penghormatan kepada para pejuang Bahrain yang telah terkorban.

Sultan Ibrahim sedekahkan Al-Fatihah dan turut berkenan menyiram air mawar sebagai simbolik penghormatan.

Terletak di Wilayah Selatan berhampiran Zallaq dan Universiti Bahrain, Istana Sakhir adalah antara kediaman diraja paling terkemuka di negara berkenaan.

Dibina antara 1870 hingga 1901, istana bersejarah itu pernah menjadi kediaman pemerintah Bahrain, Shaikh Hamad bin Isa Al Khalifa dari 1932 hingga 1942.

Lawatan negara ke Bahrain ialah lawatan keenam dilaksanakan Sultan Ibrahim selepas Singapura, China, Brunei, Rusia dan Arab Saudi.

Bahrain merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-11 terbesar dan sumber import kelapan terbesar dalam kalangan negara Asia Barat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat pekerja restoran aniaya kucing, masukkan dalam guni di Teluk Intan

POLIS menjalankan siasatan kes seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran di Taman Melor, Teluk Intan disyaki menganiaya seekor kucing...

More Articles Like This