SEORANG peniaga wanita maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak lembu melintas di Jalan Ulu Melaka, Langkawi, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, mangsa, Siti Sarah Hana Mohamad Subri, 23, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.40 malam ketika mangsa seorang peniaga tudung dalam perjalanan dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Ayer Hangat.
“Setiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa juga seorang peniaga tudung telah terbabas ketika cuba mengelak lembu melintas dari kiri ke bahu kanan jalan.
Baca artikel lain: Lelaki ditembak di stesen minyak disahkan meninggal dunia
“Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Khairul Azhar berkata, setakat ini punca kematian Siti Sarah Hana masih belum diperoleh daripada pihak hospital.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

