MALAYSIA kekal sebagai negara bebas dan berdaulat dalam menjalin hubungan antarabangsa tanpa tunduk kepada mana-mana kuasa besar.
perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian itu membolehkan Malaysia mengekalkan hubungan dagang dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China demi kepentingan rakyat.
“Betul kita baik dengan Amerika Syarikat. Contohnya pada hari Ahad (Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur) tandatangan dengan Amerika Syarikat (Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART), bincang dengan Presiden Donald Trump, terus kena kecam seolah kita tunduk kepada Amerika.
“Saya jemput juga Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa yang mempengerusikan G20, Trump umumkan melarang semua wakil AS hadir ke G20, tapi saya akan hadir kerana Malaysia negara merdeka, berdaulat dan bebas, kalau kita tunduk kepada arahan Amerika, saya tidak akan pergi,” katanya seperti dilapor Bernama.
Baca artikel lain: Lelaki ditembak di stesen minyak disahkan meninggal dunia
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) di Tapak Ekspo Seberang Jaya, hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Sumber Manusia Steven Sim dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Anwar berkata, meskipun Malaysia menandatangani ART dengan AS, ia tidak menghalang kerjasama dengan negara lain termasuk dalam sektor nadir bumi.
“Ada yang mengatakan nadir bumi ini (pelabura) hanya dengan Amerika Syarikat, tidak benar sama sekali. Di Pahang sekarang, nadir bumi Lynas (Lynas Rare Earths Ltd) itu (pelaburan dari) Australia dan ada pelaburan baru RM600 juta masuk menerusi JS Link.
“Di Perak pula, nadir bumi itu (pelaburan ) dengan negara China. Ia tidak menghalang sama sekali, jadi kalau kita tengok perjanjian, kita tengok juga pengecualian dan peluang (yang wujud),” katanya.
Perdana Menteri juga berkata, pendekatan pragmatik itu penting bagi memastikan Malaysia terus menarik pelaburan dalam sektor berimpak tinggi seperti semikonduktor dan tenaga hijau sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Malaysia dan AS menandatangani ART pada 26 Oktober lepas semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.
Perjanjian itu merupakan cadangan AS bagi merunding semula tarif terhadap Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus, di bawah Executive Order 14257 yang dikeluarkan Trump pada 2 April 2025.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

