PRN Sabah: Anwar bidas bekas pemimpin gagal laksana tanggungjawab semasa berkuasa

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir bekas pemimpin yang gagal melaksanakan tanggungjawab ketika berkuasa dahulu.

Lebih malang, katanya, bekas pemimpin berkenaan ketika ini cuba tampil sebagai ‘wira rakyat’ menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Malahan, Anwar berkata, bekas pemimpin itu juga kini lantang bersuara dengan menuding jari mencari kesalahan pihak lain. 

“Kita kena nilai dengan cerdik dan pintar, kalau tidak kita jadi mangsa. Tambahan ini musim PRN Sabah, bertempur…semua jadi hero-hero belaka.

“Kalau betul hero, di mana kamu tahun lalu? Di mana kamu dua tahun lalu? Di mana kamu semasa kamu jadi menteri dan penguasa? Mengapa hal-hal yang kamu sebut itu tidak dilaksanakan ketika itu?” katanya memetik laporan Awani.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, perjuangan sebenar bukan menimbulkan sentimen kaum atau agama, sebaliknya menjaga nilai dan akhlak dalam kepimpinan.

Tegas beliau, kekayaan negara tidak boleh berlegar dalam kalangan segelintir elit hingga mengabaikan rakyat biasa.

“Sekarang ada yang tiba-tiba laung ‘hak rakyat, hak negeri’. Masa ada kuasa, ke mana hak itu? Kuasa bukan untuk ‘hak aku, hak isteri aku, hak anak aku’. Kuasa mesti digunakan untuk bela rakyat,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan, Kerajaan Persekutuan terus memberi perhatian kepada pembangunan Sabah tanpa mengira perbezaan politik.

Jelasnya, peruntukan pembangunan untuk Sabah berjumlah RM6.9 bilion dalam Belanjawan 2026 adalah yang tertinggi dalam sejarah negara, termasuk pemberian khas interim RM600 juta seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Rentetan itu, Anwar menyeru pengundi menilai rekod dan keikhlasan pemimpin, bukan janji ketika pilihan raya semata-mata.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This