PRN Sabah: Dua anak Musa Aman berdepan 10 penjuru di Sindumin, enam penjuru di Sungai Manila

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUA anak Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman masing-masing bakal berdepan cabaran 10 dan enam penjuru di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, kali ini.

Anak sulung Musa iaitu Datuk Yamani Hafez yang merupakan bekas Timbalan Menteri Kewangan II menghadapi cabaran 10 penjuru di DUN Sindumin.

Calon PKR mewakili Pakatan Harapan (PH) itu menghadapi saingan sengit daripada calon Warisan, Yusri Pungut.

Selain itu, kerusi DUN Sindumin turut ditandingi calon Parti Impian Sabah (PIS), Markus Buas; Kanafia Bujang mewakili Parti Kebangsaan Sabah (PKS) dan Moktar Matussin dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Baca artikel lain: PRN Sabah: Hajiji berdepan empat pencabar di DUN Sulaman

Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan Dayang Nor Syafiqah Abdul Hamid; Sani Miasin dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di samping tiga calon Bebas.

Kerusi DUN Sindumin sebelum ini dimenangi Yusof Yacob yang mewakili Parti Warisan dalam PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020.

Beliau kemudiannya menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) iaitu salah satu komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sementara itu, seorang lagi anak Musa iaitu Hazem Mubarak mewakili GRS pula bakal ditentang lima lagi calon di kerusi DUN Sungai Manila.

Beliau yang membuat kemunculan sulung pada PRN Sabah kali ini menerima saingan calon BN iaitu Zaini Tiksun; Sittinara Sakah (Warisan) dan Yusri Abu mewakili PN.

Dua lagi calon bagi kerusi DUN Sungai Manila adalah Irian Nanang dari PIS dan Faizal Wahab yang mewakili Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).

Kerusi DUN Sungai Manila sebelum ini pertama kali dipertandingkan pada PRN Sabah ke-16 menyaksikan kemenangan menjadi milik Mokran Ingkat dari BN.

Mokran menewaskan pencabar terdekat dari Warisan, Mahmud Sudin dengan majoriti 1,417 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This