Penarikan diri calon DUN Silam, semangat setiakawan kerjasama politik jadi keutamaan PKR Sabah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMANGAT setiakawan dan keutuhan kerjasama politik sentiasa menjadi keutamaan PKR Sabah dalam memastikan kestabilan politik Sabah terus terpelihara.

Ia susulan keputusan calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan untuk menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya menghormati keputusan tersebut yang dibuat secara bertanggungjawab selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan.

“Ia termasuk menjaga hubungan baik dan keharmonian antara parti-parti komponen dalam PH serta rakan kerjasama politik di Sabah.

“Saya ingin menegaskan bahawa keputusan ini adalah keputusan peribadi beliau tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, PKR Sabah turut menghargai semangat perjuangan Abdul Halim Sidek yang tidak pernah pudar demi rakyat dan Sabah.

Baca artikel lain: PRN Sabah: Calon PH DUN Silam tarik diri

Walaupun tidak bertanding, Mustapha berkata, Abdul Halim Sidek telah menyatakan komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat Silam dan Lahad Datu dalam apa jua kapasiti yang mampu beliau sumbangkan.

“Kami menyeru seluruh jentera dan penyokong PH di Silam khususnya dan Lahad Datu amnya agar kekal tenang, terus fokus dan terus memperkukuh perpaduan demi kemenangan gabungan kita dan masa depan rakyat Sabah,” katanya.

Terdahulu, Abdul Halim Sidek mengumumkan penarikan diri daripada bertanding pada PRN Sabah ke-17, kali ini.

Beliau dalam kenyataan menegaskan, keputusan itu diambil atas kehendak peribadi tanpa sebarang tekanan atau pengaruh daripada mana-mana pihak luar.

Pada masa sama, Abdul Halim memaklumkan, beliau juga telah mengadakan perbincangan teliti bersama kepimpinan tertinggi PH.

Sebelum ini, kerusi DUN Silam menyaksikan saingan sembilan penjuru termasuk pertembungan antara PH diwakili Abdul Halim dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Datuk Mizma Appehdullah dan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Sharif Musa Sharif Mabul.

Pada PRN kali ini, GRS menjalin kerjasama dengan PH, yang turut berpakat dengan Barisan Nasional (BN), namun tiada kerjasama antara BN dan GRS.

Dalam PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020, kerusi DUN Silam dimenangi Datu Dumi Masdal dari Parti Warisan dengan majoriti 1,542 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

24 motosikal ditahan operasi bersepadu PDRM, JPJ di Kuantan

SEBANYAK 24 buah motosikal telah ditahan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam Op Bersepadu Luaran dijalankan...

More Articles Like This