Lebih RM2 bilion diperuntuk untuk tingkatkan infrastruktur digital di Sabah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERUNTUKAN melebihi RM2 bilion bagi meningkatkan infrastruktur digital di Sabah adalah termasuk ketersambungan internet dan pembangunan bandar pintar.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, antara inisiatif utama ialah pelaksanaan Bandar Raya Pintar Kota Kinabalu melalui kerjasama strategik bersama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang dimeterai pada Disember 2024.

Jelas MCMC, inisiatif itu melibatkan pembangunan infrastruktur digital bernilai lebih RM300 juta yang merangkumi empat komponen utama seperti perluasan rangkaian gentian optik, penyediaan Wi-Fi awam di lokasi strategik, pemasangan ‘smart poles’ berintegrasi 4G dan 5G,
serta sistem kamera litar tertutup (CCTV) pintar yang berhubung terus ke pusat operasi bandar pintar.

MCMC memaklumkan, bagi meluaskan lagi liputan di Sabah, pelaksanaan JENDELA 2 akan ditambah dengan 800 lokasi baharu terutama di kawasan pedalaman dan pulau-pulau, dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM1.4 bilion.

“Peruntukan ini merangkumi kos pembangunan serta kos operasi bagi tempoh lima tahun. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 3.7 juta rakyat Sabah dan mencapai liputan 100 peratus di kawasan berpenduduk.

“Sehingga September 2025, sebanyak 131 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kini beroperasi di seluruh Sabah dengan jumlah kos operasi kira-kira RM210 juta untuk lima tahun,” jelas MCMC.

Baca artikel lain: PRN Sabah: Calon ‘usia pencen’ terus mendominasi

Mengulas lanjut, MCMC memberitahu, melalui penyediaan ruang pembelajaran komuniti yang menawarkan akses internet, latihan kemahiran, perkhidmatan dalam talian dan program literasi digital, NADI memastikan penduduk termasuk di kawasan pedalaman mempunyai peluang setara untuk menyertai ekonomi berasaskan pengetahuan.

Selain itu, jelas MCMC, kerajaan juga sedang melaksanakan projek Fiber-to-the-Home (FTTH) di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di kem-kem ATM di Sabah, yang menyediakan sambungan gentian optik terus ke rumah anggota tentera.

MCMC memaklumkan, sebanyak sembilan kem tentera di Sabah telah menerima manfaat inisiatif ini, melibatkan kira-kira 6,900 kediaman dengan jumlah kos sebanyak RM14.2 juta.

“MCMC kekal komited untuk memastikan setiap usaha ini diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat Sabah, sama ada dari segi kualiti rangkaian, pengalaman pengguna, keselamatan dalam talian mahupun pembangunan bandar pintar,” jelas kenyataan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri X70 kemalangan di LPT2 meninggal dunia

SEORANG wanita yang dilaporkan putus kaki kiri selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh...

More Articles Like This