Bersatu Selangor umum tiga lantikan baharu

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BERSATU Selangor mengumumkan beberapa lantikan baharu bagi jawatan utama kepemimpinan di negeri itu dalam usaha memperkukuh parti dan menarik sokongan rakyat.

Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Ketua Bahagian Kuala Langat, Rosnizan Ahmad dilantik sebagai Setiausaha Badan Pimpinan Negeri (BPN) Selangor.

Selain itu, menurut Mohamed Azmin, Ketua Bahagian Kapar, Jumiah Jonet dilantik sebagai Bendahari BPN Selangor.

Manakala, katanya, Ketua Bahagian Kota Raja, Wan Dzahanurin Ahmad dilantik sebagai Ketua Penerangan BPN Selangor.

“Bersatu Selangor juga komited untuk memperhebat program penerangan dan komunikasi kepada rakyat bagi menyampaikan aspirasi dan idealisme perjuangan. 

“Bagi merealisasikan matlamat ini, saya juga melantik Datuk Noorazley Yahya sebagai Pengarah Komunikasi dan Strategi Media Baru,” katanya dalam kenyataan.

Mohamed Azmin menambah, BPN Selangor yakin barisan kepimpinan baharu itu akan membawa semangat segar dalam memperkukuh jentera parti, memperhebatkan usaha mendekati rakyat, dan memperkasa mesej perjuangan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) sebagai wadah politik rakyat.

Katanya, Bersatu akan terus memperkukuhkan organisasi dan kepimpinan bagi menjana dukungan rakyat negeri Selangor. 

Jelas beliau, Persidangan Dewan Negeri Selangor yang sedang berlangsung juga membuktikan bahawa rakyat mendambakan peranan Bersatu untuk terus menjuarai agenda rakyat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This