SEORANG bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dipenjara enam tahun dan denda RM8.8 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Keputusan itu dibuat selepas Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 34, didapati bersalah atas tujuh pertuduhan menerima rasuah RM1.77 juta pada tahun 2018.
Hakim, Suzana Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Mohd Saifullah gagal menimbulkan keraguan munasabah, di akhir kes pembelaannya.
Mahkamah seperti dilapor Sinar Harian memerintahkan hukuman penjara bermula Khamis dan sekiranya lelaki itu gagal membayar jumlah denda, dia boleh dipenjara selama tujuh tahun.
Mendengar keputusan itu, Mohd Saifullah yang memakai kot biru menangis teresak-esak ketika berada di kandang tertuduh.
Baca artikel lain: Op Murni: ATM gerakkan lebih 7,000 aset hadapi Monsun Timur Laut
Bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh menangguhkan hukuman itu sementara menunggu rayuan dibuat.
Mahkamah kemudiannya menaikkan jumlah ikat jamin kepada RM280,000 dengan syarat tambahan, melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Mohd Saifullah didakwa menerima suapan berjumlah RM1.765 juta daripada pemilik sebuah syarikat melalui seorang individu sebagai dorongan untuk tertuduh berjanji mendapatkan tender Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan (Brand) dan Kreatif (Creative).
Ia bagi kempen pengiklanan Tourism Malaysia kepada syarikat itu ‘Cadangan Promosi dan Pengiklanan Digital Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020’ secara rundingan terus kepada sebuah lagi syarikat.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi, sekitar Kuala Lumpur dan Dengkil antara 21 Disember 2018 dan 1 Mac 2019.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

