Rakyat Malaysia dinasihat tangguh hasrat melancong ke Selatan Thailand

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

RAKYAT Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan hasrat melancong ke Selatan Thailand buat masa ini sehingga keadaan semasa semakin pulih.

Konsulat Jeneral Malaysia Songkhla dalam kenyataan yang dikongsi Wisma Putra memaklumkan, ia ekoran cuaca buruk serta hujan lebat yang berterusan sehingga menyebabkan banjir teruk berlaku di kebanyakan kawasan di Selatan Thailand.

“Rakyat Malaysia yang sedang berada di Selatan Thailand dinasihatkan supaya peka dengan keadaan cuaca, mengikuti pengumuman, berita dan nasihat daripada pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.

“Semua rakyat Malaysia yang berada di Selatan Thailand juga perlu menjaga keselamatan diri masing-masing,” katanya.

Baca artikel lain: Hatyai ‘lumpuh’ dilanda banjir, pelancong Malaysia terperangkap mohon bantuan

Kenyataan itu menambah, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor pegawai bertugas di talian +66819901930 atau e-mel kepada [email protected].

Terdahulu, media melaporkan hujan lebat sepanjang dua hari ini menyebabkan bandar pelancongan popular di selatan Thailand, Hatyai, dilanda banjir menyebabkan ramai pelancong termasuk warga Malaysia terperangkap di penginapan masing-masing.

Menurut laporan The Nation, Datuk Bandar Hatyai, Narongporn Na Phattalung mengumumkan perisytiharan bencana meliputi 65 komuniti selepas hujan lebat luar biasa menyebabkan sistem perparitan gagal berfungsi.

Beliau berkata, air naik dengan cepat di seluruh kawasan bandar.

Terdahulu dalam satu hantaran di Threads, seorang wanita warga Malaysia menggunakan media sosial untuk meminta bantuan berikutan terkandas di sebuah hotel di Hatyai.

Menerusi hantaran tersebut, wanita dikenali sebagai Lily Suriani meminta bantuan pihak kedutaan dan orang ramai termasuk untuk mendapatkan bekalan susu serta lampin pakai buang dua anaknya berusia dua dan empat tahun.

“Kami perlukan bantuan berikutan bekalan makanan di sebuah kedai serbaneka berdekatan juga sudah habis. Kami perlukan makanan dan air mineral untuk kelangsungan hidup.

“Sesiapa dapat tolong, kami terperangkap di Hatyai banjir besar. Air makin naik.

“Ramai lagi perlukan bantuan di sini termasuk yang ada bayi. Bekalan elektrik terputus dan lif dah tak boleh guna,” katanya.

Lily Suriani juga memberitahu tiada makanan dan semua kedai tidak buka akibat banjir itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This