DBKL keluarkan 23 kompaun terhadap ‘ulat gambar’ di KLCC, Pintasan Saloma

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan 23 tindakan sitaan ke atas peralatan jurugambar haram atau lebih dikenali sebagai ‘ulat gambar’ dalam Operasi Bersepadu yang digerakkan Skuad KL Strike Force di sekitar KLCC dan Pintasan Saloma, semalam.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya turut mengeluarkan 23 notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Jelas DBKL, turut diambil tindakan ialah satu kes penjaja air tolak tanpa lesen yang turut disita di bawah peruntukan undang-undang sama.

“Dalam satu Operasi Bersepadu yang digerakkan oleh Skuad KL Strike Force dengan penglibatan PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tindakan tegas telah diambil terhadap jurugambar haram serta penjaja air tanpa kebenaran di sekitar KLCC dan Pintasan Saloma.

“Operasi ini dijalankan bagi memastikan kawasan tumpuan pelancong ini kekal teratur, selamat dan bebas daripada aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam. Hasil operasi mendapati kegiatan ‘mobilegrapher’ semakin ketara dan mengganggu kelancaran pergerakan pengunjung,” jelas DBKL.

Baca artikel lain: Pegawai kanan didakwa di mahkamah, DBKL akan ambil tindakan dalaman

Mengulas lanjut, DBKL menambah, kehadiran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam operasi itu turut memperkukuh aspek keselamatan, pengesahan identiti serta pematuhan undang-undang oleh semua individu di lokasi.

DBKL menyeru orang ramai supaya mematuhi peraturan, tidak menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dan menghormati ruang awam demi memastikan Kuala Lumpur kekal aman, teratur dan selesa untuk semua.

DBKL berkata, tindakan tegas akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa tanpa kompromi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This