PRN Sabah: 24,426 pengundi awal tunai tanggungjawab esok

Dari Penulis

SERAMAI 24,426 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, esok.

Daripada jumlah tersebut, seramai 11,697 pengundi awal adalah merupakan warga tentera dan pasangan.

Selain itu, baki 12,729 lagi terdiri daripada anggota polis dan pasangan masing-masing.

Sebanyak 58 pusat pengundian awal akan dibuka serentak di seluruh negeri Sabah bermula pukul 8 pagi sebelum ditutup secara berperingkat.

Selepas selesai pengundian awal, semua kertas undi tidak akan dikira serta-merta, sebaliknya proses pengiraan akan dilaksanakan semasa hari pengundian pada 29 November ini.

Baca artikel lain: PRN Sabah: SPR nafi pengawasan luar biasa, tidak sasarkan mana-mana parti

Dengan selesainya proses pengundian awal esok, tumpuan akan beralih pada hari pengundian yang dijadualkan pada Sabtu ini.

PRN Sabah ke-17 yang dibuka tirainya menerusi proses penamaan calon pada 15 November lalu menyaksikan sebanyak 596 pencalonan disahkan di kesemua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

DUN Tulid dilihat ‘pergelutan’ paling ‘meriah’ apabila seramai 14 calon disahkan bertanding termasuk kehadiran enam calon Bebas.

Tempoh berkempen bagi PRN Sabah ke-17 yang bermula dari 15 November lalu akan berakhir pada 11.59 malam, 28 November.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lautan biru bukti semangat kebersamaan di DUN Tiram cukup luar biasa – Ahmad Zahid

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dapat merasakan semangat kebersamaan cukup luar biasa dalam kalangan...

More Articles Like This