Perkhidmatan MySawasdee dibatalkan, akses ke Stesen Arau terjejas akibat banjir

Dari Penulis

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan tren MySawasdee yang menghubungkan KL Sentral dan Hatyai dibatalkan berikutan penutupan landasan di beberapa kawasan di sektor Padang Besar-Hatyai termasuk stesen Hatyai akibat banjir.

Menurut KTMB, ia melibatkan tren No.1004 (KL Sentral-Hatyai) pada 28 November dan 1005 (Hatyai-KL Sentral), 1 Disember.

Jelasnya, keputusan tersebut dibuat selepas penilaian keselamatan dan operasi serta pengesahan daripada pihak berkuasa Thailand, dengan mengambil kira keselamatan penumpang sebagai keutamaan.

“Sebanyak 840 tiket telah ditawarkan bagi kedua-dua perjalanan tersebut. Pada masa ini, seramai 652 penumpang masih belum membuat pembatalan tiket.

“Bagi pembelian tiket dalam talian, penumpang boleh membuat pembatalan melalui aplikasi KITS dan akan menerima pemulangan tambang penuh secara serta-merta ke dalam KTM Wallet untuk kegunaan pembelian tiket pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

KTMB memberitahu, seramai 188 penumpang bagi kedua-dua laluan yang telah membuat pembatalan awal juga layak menerima baki pemulangan tambang.

Katanya, bagi jadual dan tarikh perjalanan perkhidmatan MySawasdee yang seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, tertakluk kepada perkembangan dan situasi semasa di Hatyai.

Dalam pada itu KTMB turut memaklumkan akses jalan ke Stesen Arau tidak boleh dilalui akibat banjir.

“Sehubungan itu, penumpang ETS yang menggunakan Stesen Arau boleh naik dan turun tren di Stesen Kodiang sehingga keadaan kembali pulih.

“Buat masa ini perkhidmatan tren ETS masih beroperasi seperti biasa, tertakluk kepada situasi semasa di sektor utara,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis tumpaskan geng samun bersenjata di Jasin, empat lelaki diberkas

POLIS menahan empat lelaki termasuk tiga yang didapati positif dadah kerana disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata dan melarikan...

More Articles Like This