PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimaklumkan tentang situasi semasa banjir yang kini menjejaskan lebih 18,000 orang penduduk di 10 buah negeri.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi hantaran di Facebook yang menyambut kepulangan Perdana Menteri dari Kenya.
“Alhamdulillah, Perdana Menteri telah selamat tiba di tanah air setelah lapan hari bermusafir membawa agenda besar negara ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya.
“Dalam kesempatan yang singkat, saya sempat memaklumkan perkembangan terkini berhubung situasi semasa musibah banjir Monsun Timur Laut yang sedang melanda beberapa negeri dan hal-hal berkaitan perkhidmatan awam,” katanya, hari ini.
Baca artikel lain: 6 IPTA buka bilik gerakan banjir mudahkan salur bantuan – KPT
Seramai 18,782 mangsa banjir di 10 negeri ditempatkan di 128 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat kemas kini pukul 11.02 pagi Selasa.
Berdasarkan laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 10 negeri yang terkesan ialah Selangor, Kelantan, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jumlah mangsa banjir tertinggi direkodkan di Kelantan iaitu seramai 9,853 mangsa dari 3,605 keluarga melibatkan empat daerah di Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
40 PPS telah dibuka sejak Jumaat lalu menempatkan 3,022 lelaki dewasa, 3,163 perempuan dewasa, 1,722 kanak-kanak lelaki, 1,609 kanak-kanak perempuan, 167 bayi lelaki dan 170 bayi perempuan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

