SETAKAT ini tiada pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 susulan daripada situasi banjir yang melanda negara pada ketika ini.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, ia bertitik tolak daripada langkah awal yang diambil termasuk menyediakan lokasi alternatif di semua sekolah terjejas atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).
Jelasnya, langkah itu antara pelan yang dirangka lebih awal bersama Lembaga Peperiksaan serta pihak berkaitan bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap jadual peperiksaan.
Baca artikel lain: Penjenayah bawa dadah, senjata api maut berbalas tembakan dengan polis
“Sekolah yang dijadikan PPS atau berisiko dinaiki air tidak akan menjejaskan perjalanan peperiksaan kerana KPM sudah menyediakan bilik darjah, asrama atau pusat peperiksaan alternatif untuk menempatkan calon.
“Mana-mana sekolah yang terbabit dengan PPS memang sudah kita fikirkan lebih awal. Jika dewan digunakan untuk penempatan mangsa banjir, peperiksaan akan dipindahkan ke bilik-bilik darjah atau pusat lain yang dikenal pasti,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau hari pertama SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 11(1) hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

