‘Keselamatan pengamal media tak boleh dikompromi’, Fahmi harap siasatan segera kes wartawan diserang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“KESELAMATAN pengamal media, lebih-lebih lagi ketika mereka menjalankan tugas, sama sekali tidak boleh dikompromi.”

Demikian tegas Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berhubung insiden wartawan sukan, Haresh Deol diserang di Bangsar, semalam.

Dalam hantaran di Facebook, Fahmi turut berharap siasatan berhubung insiden berkenaan dapat dijalankan segera.

“Saya dimaklumkan mengenai insiden itu ketika menghadiri program di Kota Kinabalu, Sabah.

“Saya telah menghubungi saudara Haresh untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian yang berlaku petang tadi (semalam).

Baca artikel lain: PRN Sabah: PH tiada dana RM8 juta biayai kempen media sosial – Fahmi

“Haresh memaklumkan bahawa beliau baru selesai membuat laporan polis dan sedang menyelesaikan urusan laporan perubatan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Semalam, Haresh yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13, dalam hantaran melalui X memaklumkan beliau telah diserang dua lelaki ketika menuju ke keretanya, manakala seorang lagi individu merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, dalam satu kenyataan berkata polis sedang mengesan tiga lelaki dipercayai terbabit kejadian itu yang berlaku di Jalan Maarof berhampiran parkir sebuah pusat beli-belah, ketika Haresh sedang berjalan di kaki lima menuju ke Jalan Telawi.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This