Farel Prayoga lebar sayap di Malaysia! Lemak Manis jadi taruhan sulung

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI remaja Indonesia, Farel Prayoga, 15, meraih perhatian industri muzik menerusi lagu evergreen, Lemak Manis yang diberikan nafas baharu.

Rakaman semula Lemak Manis adalah kerjasama pertama Malaysia dan Indonesia, dibawa eksklusif oleh Indigital Music, yang melihat potensi besar Farel sebagai bintang serantau. 

Kolaborasi ini dijangka menambat hati peminat di Malaysia, sekaligus mengukuhkan pengaruhnya yang sudah besar di Indonesia.

“Saya bersyukur kerana Lemak Manis menarik perhatian pendengar sejak dilancarkan. 

“Rakaman ini bukan mudah, tapi berkat bantuan banyak pihak, semuanya berjaya disempurnakan,” kata Farel.

Versi terbaharu ini tampil lebih Melayu-pop dengan sentuhan orkestra, menyerlahkan ciri khas vokal semula jadi Farel dan memberi nafas baharu kepada lagu asal ciptaan Roslan Madun, yang pernah dipopularkan Haziq Rosebi.

Farel bermula sebagai penyanyi jalanan, sebelum video covernya seperti Tiara dan Satu Mimpi tular di media sosial, melonjakkan namanya seawal usia muda.

Kejayaan terbesar datang pada 2022 apabila beliau membawakan lagu Ojo Dibandingke di hadapan Presiden Indonesia, Jokowi, sempena Hari Kemerdekaan negara itu.

Persembahan itu bukan sahaja trending global, malah mengangkat Farel ke pentas antarabangsa.

“Itu antara kenangan paling manis dalam hidup saya. Mendapat kepercayaan Presiden sendiri bukan mudah. 

“Harapnya Lemak Manis juga membawa tuah di Malaysia,” ujarnya.

Sejak itu, remaja ini terus menjadi ikon muda Indonesia, disokong merentasi generasi dari kanak-kanak hingga dewasa.

Menurut Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom, sambutan awal terhadap Lemak Manis sangat positif, didorong peminat setia Farel di kedua-dua negara.

“Kami yakin dengan bakat Farel. Dia masih muda dan boleh meneroka pelbagai genre. 

“Kerjasama ini bukan yang pertama dan terakhir, banyak projek lain sedang dirancang untuk melebarkan pengaruhnya di Malaysia,” katanya.

Lemak Manis kini boleh distrim di semua platform digital, manakala video muzik rasmi boleh ditonton di YouTube Indigital Music.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This