(RASMI) PRN Sabah: Pesuruhjaya Pas Sabah menang di kerusi DUN Karambunai

Dari Penulis

PESURUHJAYA Pas Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan muncul wakil tunggal Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah apabila menang kerusi Karambunai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Beliau menewaskan 10 calon lain apabila meraih 7,054 undi.

Pesaing terdekatnya dari Warisan, Ahmad Jais Otong memperoleh 6,689 undi diikuti calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Arshad Idris (4,814 undi).

Penyandang, Yakubah Khan dari Barisan Nasional (BN) memperoleh 4,475 undi.

Kemenangan Aliakbar menjadi titik tolak kepada Pas untuk berkembang di Sabah selepas sekian lama gagal bertapak di negeri tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan Perpaduan tak bincang untuk adakan PRU lebih awal – Fahmi

KERAJAAN Perpaduan tidak pernah mengadakan sebarang bentuk perbincangan untuk mengadakan pilihan raya umum awal iaitu sebelum berakhirnya penggal Parlimen...

More Articles Like This