(RASMI) PRN Sabah: Daud Yusof pertahan DUN Bongawan, tewaskan Anifah Aman, Mohamad Alamin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, Dr Daud Yusof yang mewakili Parti Warisan berjaya mempertahankan kemenangannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, kali ini.

Walaupun ditentang sengit dua calon ‘nama besar’, Daud menguasai kerusi DUN Bongawan dengan majoriti 938 undi.

Beliau menewaskan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Tan Sri Anifah Aman dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin yang masing-masing memperoleh 4,604 dan 4,569 undi.

Sebagai rekod, Anifah pernah bertanding di kerusi sama sebagai calon Parti Cinta Sabah (PCS) dalam PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020.

Beliau ketika itu tewas kepada Daud dengan majoriti 1,802.

Baca artikel lain: (RASMI) PRN Sabah: Fairuz Renddan sekali lagi tewaskan Pandikar Amin

Anifah pernah menjawat jawatan Menteri Luar antara tahun 2009 hingga 2018 di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Daud pula berjaya merampas kerusi tersebut daripada Mohamad dengan majoriti 795 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 2018.

Selain tiga nama besar itu, DUN Bongawan turut menyaksikan kehadiran calon dari Perikatan Nasional (PN); Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM); Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS): Parti Impian Sabah (PIS); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan seorang calon Bebas.

PN mempertaruhkan Ridzuan Agus Payong; Peter Matinjal mewakili KDM manakala Hussin Dasar @ Esah menjadi calon PPRS di kerusi tersebut.

Sementara itu, Royston Adven menjadi calon PIS diikuti Dolores Michael untuk STAR dan calon Bebas iaitu Md Haris Md Tahir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This