PM bakal rasmi Program Rancakkan MADANI, papar pencapaian kerajaan selama 3 tahun

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 yang bermula 5-7 Disember ini.

Ketua Komunikasi Korporat Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Sapian Mamat berkata, menerusinya pelbagai inisiatif kerajaan dipaparkan termasuk pencapaian, kemajuan dasar dan keberhasilan inisiatif 2025.

“Keberhasilan Kerajaan MADANI mentadbir sepanjang tiga tahun akan dipersembahkan kepada orang ramai, seterusnya menjadi penilaian sebaiknya.

“Program ini berfungsi sebagai platform mempromosikan dan menyebar luas Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), setelah pembaharuan digerakkan oleh Kerajaan MADANI bagi memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan awam.

“Malah buat julung kalinya, program selama tiga hari ini menghimpunkan pelbagai inisiatif dan program utama kerajaan melalui lapan segmen utama di bawah satu bumbung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: PM sedang putuskan senarai menteri dan timbalan menteri – PMO

Program berskala nasional ini bakal dilangsungkan di pekarangan Dataran Putrajaya dan mendapat kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Program bermula seawal 9 pagi hingga 10 malam pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala pada hari Ahad dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Sapian berkata, pengisian lain termasuk pameran Produk Rakyat MADANI, Kesejahteraan Rakyat MADANI, Kepengerusian ASEAN dan hubungan antarabangsa, Ukhuwah Rakyat MADANI, Belia MADANI, Karnival Mini Pelancongan serta ARPA.

“Keseluruhan segmen juga dirangka sebaiknya menonjolkan ekosistem dasar kerajaan secara lebih holistik, mudah diakses dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

“Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung termasuk pameran aset pertahanan negara, perkhidmatan kesihatan, pembudayaan komponen TVET dan STEM AI, karnival kerjaya, penukaran topi keledar percuma, pesta buku, Meow Fiesta, Jualan Rahmah dan Jualan Kembali Ke Sekolah,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This