DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang diamanahkan sebagai sarat dengan cabaran.
Namun begitu, beliau bersyukur kerana banyak perkara sudah dicapai yang membawa makna kepada rakyat serta negara.
“5 Disember 2025, genap tiga tahun saya menggenggam amanah untuk berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
“Sepanjang tempoh ini, tumpuan saya hanyalah satu iaitu untuk memastikan setiap dasar, setiap keputusan dan setiap langkah kerja benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
“Semuanya digerakkan dengan iltizam bahawa tiada siapa harus tercicir dalam arus kemajuan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Pelajar SPM tiada lesen, patah tangan selepas motosikal lawan arus bertembung kereta
Ahmad Zahid berkata, segala pencapaian ini tidak mungkin berlaku tanpa sokongan padu daripada semua pihak seperti rakan-rakan kementerian, kepimpinan negara dan pastinya rakyat Malaysia.
“Terima kasih atas kepercayaan dan doa yang tidak pernah putus. Insya-Allah, saya akan terus memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab.
“Perjalanan ini masih panjang dan masih banyak yang perlu kita jayakan bersama. Moga Allah SWT terus memandu langkah kita untuk memastikan Malaysia melangkah ke hadapan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

