SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) hari ini mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan dan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah.
Mesyuarat dipengerusikan Datuk Seri Ramlan Harun itu bermula pada 10 pagi, antaranya bagi menentukan tarikh tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain.
Berita Harian melaporkan, mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus.
Baca artikel lain: Tak adil beri gambaran negatif kepada PDRM – PM
Terdahulu, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, meninggal dunia di sebuah hospital di Sabah pada 1.46 pagi, 5 Disember, kurang seminggu selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag untuk penggal kedua.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, 29 November lalu, Allahyarham yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.
Di peringkat politik nasional, Bung Moktar memulakan kerjaya sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan selepas memenangi kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada November 1999 dan terus berkhidmat selama enam penggal berturut-turut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

