STRUKTUR bahagian hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Pinggiran Senawang runtuh pagi tadi sehingga mengakibatkan tiga kenderaan mengalami kerosakan.
Bagaimanapun, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memberitahu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian berkenaan.
Katanya, pihak bomba menerima maklumat berkenaan kejadian pada pukul 4.51 pagi sebelum menghantar pasukan ke lokasi kejadian.
“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang telah digerakkan ke lokasi dan sampai jam 5.04 pagi.
Baca artikel lain: Ustaz madrasah tular belasah guna topi keledar digantung tugas – JHEAINS
“Hasil pemeriksaan mendapati, sebuah rumah teres dua tingkat berukuran 22 kaki x 75 kaki mengalami runtuhan struktur di bahagian hadapan dan menyebabkan tiga kenderaan yang diparkir di garaj mengalami kerosakan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Menurutnya, difahamkan, penghuni rumah telah dikeluarkan lebih awal oleh jiran tetangga sebelum kejadian runtuhan berlaku.
“Bomba telah pun menjalankan kerja-kerja pemantauan di sekitar kawasan rumah sementara menunggu tindakan lanjut daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS),” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

