Veterinar Selangor buka kertas siasatan kes pengabaian haiwan oleh klinik swasta

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SATU kertas siasatan telah dibuka berhubung video tular memaparkan pengabaian haiwan di sebuah klinik haiwan swasta di Selangor, semalam.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor mengesahkan sudah menerima aduan rasmi berkenaan kejadian yang berlaku di klinik haiwan swasta sekitar Damansara Damai, Petaling Jaya itu.

“Bertindak atas maklumat dan aduan tersebut, semalam lebih kurang 12.30 tengah hari, sepasukan Pegawai Kebajikan Haiwan (PKH) DVS Selangor telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksan oleh PKH mendapati terdapat seekor karkas anjing dan seekor karkas kucing diletakkan di dua buah sangkar haiwan yang berasingan di sekitar lokasi kejadian.

Baca artikel lain: Warga tempatan berusia 34 tahun mati ditetak dalam pergaduhan di Klang

“Berdasarkan pemeriksaan awal ke atas karkas haiwan ini, ianya dianggarkan telah mati sejak satu atau dua minggu yang lalu,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, DVS Selangor telah mengambil kedua–dua karkas haiwan dan sangkar haiwan untuk pemeriksaan serta siasatan selanjutnya.

Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah subseksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772].

“Justeru,DVS Selangor meminta mana-mana saksi bagi kes ini untuk tampil ke Pejabat DVS Negeri Selangor bagi membantu siasatan.

“DVS Selangor juga ingin menegaskan bahawa siasatan rapi dan telus akan dijalankan tanpa sebarang kompromi atau pilih kasih,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This