Permohonan DNAA Zahid Hamidi selaras dengan peruntukan undang-undang

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEPUTUSAN untuk memohon melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang dan berdasarkan keadaan semasa pada ketika itu, termasuklah keperluan untuk menjalankan siasatan lanjut.

Kenyataan itu dikeluarkan Jabatan Peguam Negara merujuk kepada laporan sebuah portal yang menyatakan bahawa satu permohonan semakan kehakiman telah difailkan di Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pada 4 September 2023.

Menurut Jabatan Peguam Negara, permohonan semakan kehakiman tersebut membangkitkan isu berkaitan kemajuan dan hasil siasatan yang dirujuk ketika permohonan DNAA dibuat.

“Jabatan ini maklum bahawa perkara ini melibatkan persoalan penting berkaitan keyakinan awam serta pentadbiran keadilan yang wajar.

“Memandangkan perkara ini kini berada di bawah pertimbangan Mahkamah, Jabatan ini tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung merit permohonan tersebut.

“Jabatan ini akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada proses pengadilan, menangani perkara ini melalui saluran undang-undang yang ditetapkan, serta mematuhi sebarang arahan atau keputusan Mahkamah,” jelas kenyataan tersebut.

Baca artikel lain: Ahmad Zahid akan bantah permohonan badan peguam cabar keputusan DNAA

Untuk rekod, pada 4 September 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang memaklumkan AGC berhasrat memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This