Video tular di Kota Tinggi bukan cubaan samun, hanya salah faham

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DAKWAAN cubaan samun dalam video tular melibatkan dua kenderaan di Jalan Bandar Tenggara, Kota Tinggi disahkan tidak benar.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman memaklumkan, video tular itu hanya salah faham di antara dua pihak tentang pemanduan di jalan raya.

Menurut Yusof, kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 8 malam, 14 November lalu.

“Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis BMW 320i berwarna hitam dan sebuah lagi kereta jenis Perodua Ativa berwarna kelabu.

“Pemandu BMW itu telah membuat laporan penafian cubaan samun manakala pemandu Ativa tidak membuat laporan polis setakat ini.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan Ativa akan dipanggil bagi tujuan rakaman percakapan dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Polis tahan remaja lelaki 18 tahun rempuh penunggang motosikal guna MPV

Mengulas lanjut, Yusof turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Pihak polis Kota Tinggi sentiasa komited dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang sedia ada,” katanya.

Terdahulu, dalam video tular berdurasi 2 minit 12 saat dari rakaman kamera papan pemuka kereta memaparkan sebuah kereta BMW hitam dilihat menekan brek beberapa kali dan berhenti di tepi jalan buat seketika sebelum meneruskan kembali perjalanan.

Situasi itu menyebabkan pemilik video yang dalam perjalanan pulang ke kampung di Kota Tinggi melalui jalan lama Kota Tinggi-Kluang yang gelap, merasa tidak selesa seolah-olah ianya adalah cubaan samun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This