Bekas menteri sebelum era COVID-19 dalam radar siasatan baharu SPRM

Dari Penulis

SEORANG bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet sebelum era COVID-19 dilapor berada dalam radar siasatan terbaharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki seperti dilapor Bernama, hari ini.

Menurut Azam, satu kertas siasatan baharu telah dibuka melibatkan individu tersebut.

“Ya, saya sahkan siasatan sedang dijalankan dan beberapa individu penting akan dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya.

Baca artikel lain: SPRM mulakan siasatan awal projek melibatkan Tentera Darat

Terdahulu, media melaporkan bekas menteri itu berada dalam siasatan SPRM susulan dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat di sebuah kementerian.

Media melaporkan bekas menteri itu yang pernah didakwa di mahkamah atas beberapa kes rasuah beberapa tahun lalu disiasat membabitkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan yang bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.

Difahamkan, tindakan itu mempunyai unsur-unsur rasuah dan penyelewengan, malah melalui maklumat terbaharu yang dilaporkan oleh orang awam itu, menyebabkan SPRM membuka kertas siasatan, biarpun bekas pemimpin itu sudah lama tidak berkhidmat dalam kerajaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This