‘Terima kasih PH Perlis’, Ahmad Fadhli hairan pihak minoriti serah nama calon MB

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari meluahkan rasa hairan susulan dakwaan terdapat pihak yang dilapor telah menghantar senarai nama untuk dilantik sebagai calon Menteri Besar baharu Perlis.

Dalam hantaran di Facebook, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada Pakatan Harapan (PH) Perlis.

Penghargaan itu diberikan selepas PH Perlis menyatakan sokongan supaya kerajaan neger itu yang diterajui Pas ketika ini diteruskan dan kekal memerintah sehingga tamat penggal.

“Terima kasih PH Perlis. Hairannya ada pihak yang serah nama walaupun minoriti,” katanya dalam hantaran itu.

Walaupun tidak menyatakan secara terus atau menamakan mana-mana pihak, Ahmad Fadhli dipercayai menyindir Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis yang dilapor telah mengambil langkah untuk menyerahkan senarai calon Menteri Besar baharu Perlis kepada pihak istana.

Baca artikel lain: Menteri Besar Perlis dibenarkan keluar hospital

Kedudukan Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar dilaporkan goyah selepas wujud spekulasi lapan wakil rakyat di Perlis telah menarik sokongan.

Media melaporkan kelapan-lapan wakil rakyat itu telah menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Istana Perlis untuk menyatakan mereka tidak lagi menyokong Mohd Shukri.

Difahamkan, lapan wakil rakyat yang menyatakan menarik sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu melibatkan lima dari Bersatu dan tiga dari Pas.

Media turut melaporkan Bersatu didakwa telah menyerahkan tiga nama kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail untuk dilantik sebagai Menteri Besar negeri itu yang baharu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This