Sukan SEA Thailand: Pencapaian kontinjen Malaysia wajar jadi pemangkin kukuh persiapan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENCAPAIAN kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA Thailand yang berakhir, Sabtu lalu wajar dijadikan pemangkin untuk terus memperkukuh persiapan menghadapi temasya sukan utama lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia supaya Malaysia terus kekal berdaya saing dan disegani di peringkat serantau serta antarabangsa.

Menurut Perdana Menteri, kejayaan itu merupakan hasil disiplin yang tinggi dan pengorbanan berterusan.

“Ia juga dapat dicapai menerusi semangat juang para atlet, jurulatih dan pegawai pasukan yang tidak pernah luntur dalam mengharumkan nama negara di persada serantau.

“Masih belum terlewat untuk kita merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh kontinjen Malaysia atas pencapaian membanggakan itu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan persiapan sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027 dilaksanakan secara menyeluruh, terancang dan berwibawa.

Baca artikel lain: Sukan SEA: Kejayaan sepak takraw tidak boleh bersifat sementara – Sumali

Katanya, ia bukan sekadar dari sudut prasarana dan penganjuran tetapi dalam membina ekosistem sukan yang mampan serta melahirkan bakat berkelas dunia.

“Lebih daripada itu, sukan adalah wadah penyatuan rakyat yang menyatukan kita merentas kaum, wilayah dan latar belakang dalam satu semangat kebersamaan serta kebanggaan nasional.

“Inilah kekuatan sebenar Malaysia yang mesti terus dipelihara dan diperkasa,” katanya.

Episod suram pada Sukan SEA 2023 di Kemboja yang merupakan antara pencapaian terburuk negara pada temasya sukan dwitahunan tersebut, kini terkubur pada edisi 2025 di Thailand, yang melabuhkan tirainya di Bangkok, Sabtu lalu.

Bukan sahaja memperbaiki prestasi daripada 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa ketika di Kemboja, malah Malaysia bangkit mengumpul 57 pingat emas, 57 perak dan 117 gangsa sekali gus menutup kempen dengan 231 pingat secara keseluruhan.

Jumlah berkenaan secara tidak langsung melepasi sasaran 200 pingat ditetapkan sebelum ini dan mencipta sejarah baharu dengan kutipan tertinggi pingat secara keseluruhan pada Sukan SEA di luar Kuala Lumpur, mengatasi rekod 216 pingat dicatat pada edisi 2007 di Korat, Thailand.

Malah, kutipan 57 pingat emas digapai di bumi Thailand itu merupakan pencapaian terbaik negara dalam tempoh enam tahun selepas mengutip 55 pingat emas pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

Malaysia juga melonjak tiga anak tangga daripada kedudukan ketujuh pada edisi lepas ke tangga keempat kali ini menerusi carta pingat keseluruhan yang didominasi tuan rumah Thailand selaku juara selepas mengaut 233 pingat emas, 154 perak dan 112 gangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This