SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan jenis Perodua Axia dari arah belakang dalam kejadian yang berlaku di hadapan Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Pasir Tumboh, Kota Bharu, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud memaklumkan, lelaki berusia 58 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Mohd Rosdi, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari semalam.
Beliau berkata, kejadian berlaku ketika Perodua Axia dipandu wanita berusia 21 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Peringat menghala ke Pasir Tumboh.
“Sebaik tibanya di lokasi kejadian, penunggang motosikal yang dipercayai berada di lorong sebelah kiri telah mengubah haluan ke lorong kanan secara mengejut.
Baca artikel lain: Dua maut, lima lagi cedera kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
“Ia menyebabkan pemandu Perodua Axia tidak sempat untuk mengelak dan terlanggar mangsa dari arah belakang,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Mohd Rosdi memberitahu, pemandu Perodua Axia telah mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian untuk mendapat rawatan lanjut.
Katanya, mayat penunggang motosikal itu juga dibawa ke HPUSM Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.
“Siasatan lanjut berkaitan kemalangan ini masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian ini untuk tampil membantu siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu atau berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhammad Naqiyuddin Sharifuddin di talian 09-7752315,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

