Mayat wanita warga emas ditemui terapung di Taman Tasik Taiping disahkan warga tempatan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MAYAT wanita warga emas yang ditemuai terapung di Taman Tasik Taiping, Perak, pagi tadi disahkan warganegara tempatan berusia 73 tahun.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping telah menerima maklumat berkaitan penemuan mayat wanita tersebut pada jam 8.35 pagi tadi.

Katanya, mayat mangsa ditemui terapung dalam keadaan lengkap berpakaian dan kad pengenalan diri turut dijumpai bersamanya.

Jelas beliau, tiada sebarang kesan kecederaan luaran ditemui pada tubuh mangsa.

“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi menentukan punca sebenar kematian termasuk mengambil keterangan daripada saksi di lokasi kejadian serta menghubungi ahli keluarga mangsa.

“Mayat mangsa telah dibawa ke unit forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat. Orang ramai dan waris yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Taiping di talian 05-8291222,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Mayat wanita dalam beg disahkan Suri Narudin

Mengulas lanjut, Mohamad Nasir berkata, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dengan profesional serta telus.

Katanya, kerjasama daripada orang ramai sangat dihargai demi memastikan keselamatan komuniti dan melancarkan proses siasatan.

Beliau turut menyeru kepada masyarakat penduduk Taiping khususnya terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam.

“Polis Daerah Taiping sentiasa mengambil langkah yang proaktif bagi memastikan daerah Taiping sentiasa selamat didiami dan selamat dilawati,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This