Pemeriksaan terhadap pengembara keluar dari Malaysia disatukan di pintu pelepasan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PEMERIKSAAN Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap pengembara yang keluar dari Malaysia akan disatukan di pintu-pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 bermula 1 Januari ini.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif itu merupakan satu penambahbaikan operasi bagi melancarkan pergerakan penumpang yang berlepas ke luar negara.

Jelas MOT, ketika ini, JKDM menjalankan pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas Departure Screening di zon berlepas selepas Imigresen yang mana susun atur itu berpotensi menyebabkan kesesakan pada waktu puncak perjalanan

“Ini bermakna penumpang akan melalui aliran pergerakan yang lebih lancar sebelum menaiki pesawat, sekali gus mengurangkan kesesakan dan masa menunggu di zon berlepas.

“Penambahbaikan ini dilaksanakan melalui kerjasama rapat antara MOT, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), JKDM dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS),” jelas MOT.

Baca artikel lain: Lelaki maut motosikal dirempuh Axia dari belakang di Kota Bharu

Mengulas lanjut, MOT memberitahu, langkah itu tidak menjejaskan tahap keselamatan atau penguatkuasaan kastam sebaliknya, pemeriksaan penumpang dan barangan akan terus diperkukuhkan melalui penyelarasan operasi dan pematuhan prosedur yang dipersetujui bersama.

Jelas MOT, sebarang cubaan membawa keluar barangan yang melanggar undang-undang akan tetap dikenakan tindakan tegas.

MOT memaklumkan, penambahbaikan itu dijangka dapat meningkatkan pengalaman penumpang, mempercepatkan proses menaiki pesawat serta memastikan operasi KLIA Terminal 1 berjalan dengan lebih cekap, selamat dan tersusun, selaras dengan amalan terbaik lapangan terbang antarabangsa.

“MOT merakamkan penghargaan kepada JKDM dan MAHB atas kerjasama erat dalam melaksanakan penambahbaikan ini demi kepentingan orang ramai dan kelancaran operasi lapangan terbang negara,” kata MOT.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This