PM arah titi gantung roboh di Lata Rek diganti segera

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan satu peruntukkan disediakan bagi menggantikan segera titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai yang roboh, semalam.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan, ia merupakan satu keperluan segera kerana titi gantung tersebut merupakan akses harian penduduk di sekitar Kampung Pasir Jering, Dusun Ban, Dusun Bunut dan Kampung Batu Pagar.

“Perdana Menteri menzahirkan simpati dan keprihatinan mendalam kepada lebih 50 mangsa yang terlibat dalam kejadian itu, khususnya pasangan pengantin dan keluarga yang diuji dengan musibah.

Baca artikel lain: Pelabuhan Klang, PTP catat rekod baharu pengendalian bagi tahun 2025

“Susulan insiden itu, Perdana Menteri telah mengarahkan agar peruntukan disediakan bagi menggantikan jambatan berkenaan segera demi keselamatan dan kemudahan rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media melaporkan, dalam kejadian pada pukul 2 petang semalam, suasana meriah kenduri perkahwinan bertukar cemas apabila sebuah titi gantung tiba-tiba runtuh menyebabkan lebih 50 tetamu terjatuh ke dalam sungai.

Akibat kejadian itu, seorang lelaki mengalami patah kaki selepas terjatuh di atas batu sungai, manakala seorang kanak-kanak cedera di kepala menerima beberapa jahitan dan tiga lagi mengalami luka ringan serta sesak nafas.

PMO turut memaklumkan, kerja-kerja penggantian akan dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) PMO dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi memastikan tindakan pantas dan berkesan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This