AMERIKA Syarikat (AS) dilapor telah melancarkan serangan ketenteraan besar-besaran ke atas ibu negara Venezuela iaitu Caracas, hari ini.
Pada masa sama, Presiden AS, Donald Trump mendakwa Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya telah pun ditahan.
Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump mendakwa Maduro dan isterinya telah pun dibawa keluar dari Venezuela.
“Amerika Syarikat telah pun berjaya menjalankan serangan besar-besaran terhadap Venezuela dan pemimpinnya, Presiden Nicolas Maduro telah ditangkap dan diterbangkan keluar dari negara itu bersama isterinya.
“Operasi ini dilakukan dengan Penguatkuasaan Undang-Undang AS. Butiran lanjut akan menyusul.
“Akan ada sidang akhbar hari ini pada pukul 11 pagi di Mar-a-Lago. Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini,” tulis Trump dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Anwar, Trump bincang kemelut sempadan antara Thailand dan Kemboja
Sebelum itu, Maduro telah mengisytiharkan darurat susulan kempen pencerobohan ketenteraan yang dilancarkan AS ke atas Caracas.
Beberapa letupan kuat disertai bunyi pesawat berlegar-legar di ruang udara turut mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.
Rakaman dikongsikan di media sosial turut memaparkan kepulan asap tebal selepas insiden pengeboman tersebut yang berlaku pada jam kira-kira 2 pagi (waktu tempatan).
“Ayuh turun ke jalanan! Pemerintah menyeru semua kekuatan sosial dan politik di negara ini agar menggerakkan rancangan mobilisasi dan mengecam serangan imperialis ini,” ujar pejabatnya dalam satu kenyataan.
Maduro berulang kali mendakwa pentadbiran Presiden Donald Trump cuba menyingkirkannya untuk mendapatkan akses terhadap rizab minyak Caracas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

