Kim Pan-gon kembali ke Malaysia, dilantik Ketua Jurulatih Selangor FC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELANGOR FC membuat kejutan apabila mengumumkan pelantikan bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon sebagai pengendali baharu skuad utama Gergasi Merah itu.

Kehadiran Pan-gon menyaksikan jurulatih interim Selangor FC iaitu Christophe Gamel pula dilantik sebagai Pengarah Teknikal baharu pasukan itu berkuat kuasa hari ini.

Selangor FC dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan ketua jurulatih dari Korea Selatan itu diharap dapat mengemudi Gergasi Merah ke tahap yang lebih tinggi.

Pada masa sama, pengurusan Selangor FC turut percaya Pan-gon akan memikul tanggungjawab sebagai ketua jurulatih dengan jayanya berbekalkan pengalaman luas serta pencapaian yang cemerlang.

“Selangor FC mengucapkan selamat maju jaya kepada Kim Pan-gon dan Christophe Gamel dalam menjalankan tanggungjawab serta peranan mereka,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel lain: Pan Gon tak jujur, FAM jadi mangsa, kata Hamidin

Christophe Gamel dilantik Pengarah Teknikal

Mengulas lanjut, Selangor FC memberitahu peranan Gamel selaku Pengarah Teknikal akan tertumpu sepenuhnya kepada pembangunan jurulatih dan pemain muda bagi skuad bawah 23 tahun sehingga peringkat akar umbi.

Nama Pan-gon bukanlah asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan selepas membimbing skuad kebangsaan bermula tahun 2022 hingga 2024.

Beliau turut mengemudi skuad Harimau Malaya semasa kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar yang menyaksikan Malaysia menamatkan di tangga terakhir dalam Kumpulan E.

Malaysia ketika itu tewas 0-4 kepada Jordan dan kecundang 0-1 di tangan Bahrain sebelum berjaya memperoleh satu mata selepas mengikat Korea Selatan 3-3.

Jurulatih berusia 56 tahun itu meninggalkan Harimau Malaya pada Julai 2024 dan menyertai kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan HD sebelum berpisah pada Ogos lepas susulan prestasi hambar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This