KERAJAAN MADANI akan terus membulatkan tekad untuk memperkukuh urusan hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan melalui semangat musyawarah antara negeri serta berpaksikan Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua itu akan didukung oleh nilai dan aspirasi Malaysia MADANI, demi kesejahteraan umat serta keharmonian negara yang berpanjangan.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-74 yang berlangsung pagi tadi.
Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Pada masa sama, Anwar turut menghargai nasihat tuanku dalam membina kekuatan nilai, ilmu dan nurani umat Islam di negara ini.
“Titah dan nasihat Tuanku yang menekankan amanah kepimpinan, pemerkasaan pendidikan serta pengurusan hal ehwal Islam amat bermakna dan wajar dihayati bersama sebagai panduan dalam mendepani cabaran semasa.
“Mesyuarat ini turut mencerminkan semangat muafakat dan kebersamaan antara kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri dalam merangka pandangan serta keputusan strategik demi kepentingan umat Islam.
“Ia selaras dengan keperluan semasa dan realiti masyarakat majmuk Malaysia,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

